Selamat Hari Raya Aidilfitri daripada GNCC

Semoga madrasah Ramadhan yang lalu diperhebatkan amali pada 11 bulan yang mendatang.Now back to fitrah

Selamat Menyambut Ramdhan Al-Mubarak

Tingkatkan amal maksimaskan pahala raih potensi mencari keberkatan. semoga ramadan kali ini lebih bermakna-Guidance.

Sesi Temuduga Guidance Baru

Kolej MARA Banting - Bertempat di surau An-Nur sesi temuduga telah dijalankan oleh abang-abang dan kakak-kakak guidance untuk mencari.

Jalinan Kaseh - SEBAK GNCC Reunion

KOLEJ MARA BANTING, June - Bertempat di belakang surau An-Nur menghimpunkan seluruh warga Guidance and SEBAK dalam majlis bernama Jalinan Kasih - GNCC SEBAK The Reunion.

Futsal Solahuddin Tiupkan Semangat Jihad

BANGI, 30 April - GNCCFC KMB dibawah Biro HRD menghantar dua pasukan futsal di Kejohanan Futsal Mencari Solahuddin Al Ayyubi anjuran Aman Palestin, bersempena Karnival Bersamamu Palestin baru-baru ini, iaitu GNCC Fateh dan GNCC Rantisi. Kedua-dua pasukan di tempatkan pada Kumpulan C dan D. Seramai lebih 15 pasukan menyertai kejohanan tersebut

Saturday, February 26, 2011

GNCC Annual General Meeting

 
KOLEJ MARA BANTING, 18 Feb - Buat julung-julung kalinya, GNCC mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan kali pertama bertempat di surau An-Nur, Kolej Mara Banting. Ianya merupakan pembaharuan yang dibuat untuk mengemaskini dan meningkatkan keberkesanan pentadbiran kelab. Hadirin yang hadir seramai 40 orang diserikan dengan kehadiran pensyarah penasihat, Pn. Mardhiah bt Kathani. Wakil daripada Badan Kerohanian dan Tarbiyah, Tarbiyatul Muslimah, Majlis Perwakilan Pelajar, HOPE dan ISAC juga dijemput sebagai pemerhati.

Dipengerusikan oleh Sdr.Izzudin Md.Nor, agenda pada malam itu dimulakan dengan bacaan doa oleh Sdr. Ammar Adnan dan disusuli dengan bacaan  Al-Quran oleh Sdr.Asyraf. Seterusnya, pembentangan laporan tahunan 2010 oleh Sdr.Khairul Mansor. Beliau membentangkan segala aktiviti dan pencapaian yang telah dilakukan pada tahun lepas. Sdr.Yasin Ting sebagai Bendahari, membentangkan laporan kewangan 2010. Dalam ucapannya, beliau berharap agar tahun berikutnya segala perbelanjaan direkodkan dan dipantau secara berkesan.

Kemudian, ucapan dasar disampaikan oleh presiden, Sdr.Alim Nazri yang bertajuk, Di Sini Kita Bermula. Dalam ucapannya, beliau menyarankan agar ukhuwwah terus dimantapkan dan penekanan terhadap pembangunan individu difokuskan agar dapat menymbang kepada agama dan bangsa. Beliau juga menyentuh beberapa aspek dalam kepimpinan agar terus mengembleng tenaga berusaha sedaya upaya untuk mencapai objektif yang dikehendaki. Mesyuarat Agung ini dirasmikan oleh pensyarah penasihat disusuli dengan perasmian website rasmi GNCC. Dalam ucapannya juga, beliau amat berbangga usaha yang dilakukan oleh ahli-ahli GNCC dan berharap agar setiap ahli terus memberikan komitmen yang tinggi dalam usaha membawa kebaikan untuk kolej.

Majlis diharmonikan lagi dengan paduan suara oleh kumpulan nasyid Munawwar diketuai oleh Sdr.Ali Ilhami dan diakhiri dengan jamuan makan.











Friday, February 25, 2011

Potensi Industri Bioteknologi


PADA ketika ini, negara telahpun memasuki fasa kedua dalam membangunkan industri bioteknologinya. Justeru, ia sepatutnya telah meninggalkan fasa merangkakrangkak untuk mengenalinya, sebaliknya perlu berkembang ke peringkat yang lebih jauh iaitu mengkomersialkannya.
Malangnya, tidak ramai antara kita yang maklum dan sedar mengenai potensinya sedangkan di peringkat global, bioteknologi telah menjadi satu industri yang besar dan berpengaruh. Nilai urusniaga bioteknologi dunia kini telah mencapai lebih RM2 trilion dengan penglibatan lebih 5,000 buah syarikat. Kebanyakannya menguasai pasaran penjagaan kesihatan, kosmetik, pertanian dan sebagainya.
Sebagai contoh tiada siapa yang sangka minuman Coca-Cola adalah hasil resipi bioteknologi. Begitu juga penawar kepada pelbagai jenis penyakit.
Demikianlah hebatnya kuasa bioteknologi yang jika Malaysia tidak mempedulikannya, sudah pasti ia akan ketinggalan jauh dan rugi besar. Ini kerana industri bioteknologi kini telah dianggap sebagai bidang masa depan meninggalkan cara-cara konvensional yang menjadi amalan ketika ini.
Sebelum 1970-an, istilah bioteknologi, kebanyakannya digunakan dalam industri pemprosesan makanan dan pertanian. Sejak 1970-an, ia mulai digunakan oleh badan saintifik Barat untuk merujuk kepada teknik berasaskan makmal yang dibangunkan dalam penyelidikan biologi, seperti penggabungan semula DNA atau proses berasaskan pengkulturan tisu. Malah istilah ini boleh digunakan dalam erti lebih meluas bagi menggambarkan keseluruhan kaedah silam atau moden, bagi memanipulasi organik untuk memenuhi kehendak manusia.

Justeru, bagaimana pula senarionya di Malaysia kini. Potensinya telah dihidu dan hanya dikembangkan sejak kira-kira lima tahun lalu melalui inisiatif penubuhan Malaysian Biotechnology Corporation Sdn. Bhd. (BiotechCorp) yang kini dilihat sebagai tunjang membangunkan bioteknologi Malaysia.
Ia merupakan agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dan milik penuh Kementerian Kewangan. Perkembangan bioteknologi Malaysia sejak ia ditubuhkan agak memberangsangkan.
Di bawahnya, kini terdapat lebih 150 syarikat bioteknologi tempatan berstatus BioNexus yang telah menjana urusniaga lebih RM500 juta baik di peringkat tempatan mahupun global. Apa yang membanggakan kebanyakan syarikat ini yang banyak memberi tumpuan kepada sektor pertanian dan penjagaan kesihatan turut mendapat suntikan pelaburan, kerjasama serta keyakinan syarikat antarabangsa.
Syarikat berstatus BioNexus adalah syarikat-syarikat bioteknologi yang telah dikenal pasti oleh BiotecCorp. sebagai berdaya maju. Justeru, ia diberi sokongan di segi pelaburan, bantuan modal, penyelidikan dan sebagainya.
Sesungguhnya Malaysia memang serius dalam membangunkan bioteknologinya. Terbaru, usaha untuk menjadikan kawasan Iskandar Johor sebagai gerbang utama bioteknologi negara telah menjadi kenyataan. Pemilihannya sebagai lokasi pembangunan bioteknologi memang sesuai, lebih-lebih lagi ia sangat berhampiran dengan Singapura yang telah agak jauh meninggalkan kita dalam bidang tersebut.
Sebahagian daripada Iskandar Malaysia sebagai gerbang bioteknologi negara akan dibangunkan oleh Bio-Xcell yang merupakan syarikat BiotechCorp sendiri. Kini, usaha-usaha untuk menjadikan kawasan itu berekosistem bioteknologi sedang giat dijalankan.
Persoalan yang melingkari Malaysia dalam soal pembangunan bioteknologi ialah masih di segi penerimaan dan pemahaman rakyat mengenainya. Walaupun ia kini telah memasuki fasa komersial, tidak dinafikan banyak lagi ruang dan potensi yang boleh dibangunkan. Paling utama ialah penglibatan rakyat dan sejauh mana mereka mampu memanfaatkan potensinya.
Kita tidak dapat menolak hakikat bahawa usaha, kempen dan pendidikan mengenainya masih belum cukup. Dalam bidang pertanian misalnya, sejauh manakah institusi desa (kecuali syarikat-syarikat pertanian dan perladangan besar yang telah mempunyai pasukan penyelidikan bioteknologi tersendiri) benar-benar faham untuk menerimanya.
Selain amalan cara konvensional, tahukah mereka usaha pertanian mereka akan memberikan pendapatan berlipat ganda jika memanfaatkan teknologi itu. Seperti semua maklum, usaha pertanian yang dihasilkan melalui teknologi bioteknologi terbukti menjamin penghasilan yang tinggi, tanaman yang tahan penyakit dan mesra alam.
Bagaimanapun di peringkat desa, siapakah yang mahu memulakan usaha memajukan teknologi bioteknologi tersebut? Adakah modal insan di desa benar-benar mampu dan berkualiti dalam memenuhi kehendak itu?
Naib Presiden Kanan, Bahagian Strategi dan Perancangan BiotechCorp. Mohd. Yazid Abd. Hamis berkata, jawapan kepada persoalan-persoalan tersebut adalah percaturan dan strategi yang kini dilaksanakan pihaknya bagi memastikan institusi desa terpikat dengan potensi bioteknologi.
Perkara paling asas untuk memajukan bioteknologi dalam sektor pertanian di desa ialah sikap warga desa itu sendiri dan kesediaan modal insan yang ada padanya.
''Sebenarnya menyebarluaskan penggunaan teknologi itu tidak memerlukan pengetahuan yang tinggi dalam bidang sains tetapi kesediaan warga desa menerima dan melaksanakannya. Warga desa juga perlu bersedia untuk sepakat memanfaatkan setiap potensi yang ada, misalnya memaksimumkan penggunaan tanah," katanya.
Sebagai contoh mudah bagaimana sesebuah kampung boleh maju dalam penghasilan pisang dengan menggunakan benih yang dihasilkan secara tisu kultur yang dihasilkan oleh syarikat BioNexus.
Selain meningkatkan pendapatan melalui penjualan hasil pertanian yang bermutu tinggi, penduduk desa mampu menjadi penyumbang bermakna dalam memastikan keselamatan bahan makanan negara.
''Menjadi harapan kita, mereka ini pada akhirnya bukan sahaja pengguna teknologi penghasilan benih, malah pada akhirnya mampu membangunkan teknologi itu sendiri. Tidak mustahil, mereka turut akan menjadi pengedar teknologi benih dengan mengambil alih peranan syarikat-syarikat BioNexus berkenaan.
''Senario yang sebegini bukanlah asing di negara-negara yang maju dalam bidang pertanian seperti Jepun, Taiwan dan Thailand yang berjaya menghasilkan produk-produk pertanian yang mengagumkan," katanya dalam satu pertemuan pada Konvokesyen Bio Antarabangsa di Chicago, Amerika Syarikat baru-baru ini.
Apa yang dinyatakan oleh Mohd. Yazid tidak bermakna institusi desa negara langsung tidak mengamalkan teknologi bioteknologi dalam penghasilan pertanian. Ia telahpun dilaksanakan oleh agensi-agensi berkenaan tetapi apa yang beliau maksudkan ialah pelaksanaannya yang lebih menyeluruh selaras dengan perkembangan memberangsangkan teknologi itu sendiri.
Malaysia sendiri memang kaya dengan kepelbagaian bio. Kelebihan ini sudah pasti memberikan kelebihan yang bukan sedikit buat Malaysia, bukan sahaja dalam bidang pertanian, malah dalam bidang penjagaan kesihatan sendiri.

Sunday, February 20, 2011

Sikap pemuda di Mesir??

assalamualaikum...InsyaAllah..ini adalah satu perkongsian dan saya sependapat dengan apa yang diperkatakan oleh ustaz emran dalam artikel di bawah.Hal ini demikian kerana, ramai yang telah terlepas pandang mengenai jihad itu sendiri.Kita sering mengatakan, 'Ya , aku nk berjihad dan syahid di jalan Allah!' dan kita juga sering mengatakan kita ini adalah seorang Islam.Namun, apakah erti Islam pada kita.Adakah dunia yang menjadi kegilaan kita??adakah markah peperiksaan itu lebih penting daripada seruan dakwah??fikir2 kan lah.....tepuk dada tanya iman...InsyaAllah....


 
Pelajar Malaysia di Mesir pada kritikan saya terlalu bergantung kepada kerajaan, sistem dan kurang pandai berdikari. Saya kecewa memikirkan bagaimanalah dan kenapakah mereka dihantar belajar ke sana ? Lebih baik kerajaan buka sahaja cawangan Al-Azhar Malaysia dan pelajar belajar di bawah ketiak ibubapa. Kita sedang bercakap tentang revolusi ummah !
Saya bangga jika ada anak saya di sana !! Dia terlibat dalam catatan sejarah, lebih bangga jika dia turut serta dalam revolusi tersebut bersama rakan-rakan arabnya !opsss....sori anak saya tidak duduk dalam penempatan pelajar Malaysia dan berkawan sesama malaysia....menghabiskan beras katanya...:)

Ujian tidak diminta, tetapi jika peluang sudah diberi mengapa mahu lari ? Teringat zaman kehebatan PMRAM dahulu...apabila mahasiswa Al-Azhar Melayu bahu membahu dengabn pelajar Arab yang lain membuat bantahan dan sebagainya...terasa nikmatnya ukhuwah dan ummah....sekarang ini ? Mak, ayah, cek tak ada duit nak beli prepaid, cek takleh nak makan kedai tutup...cek takut...ada orang jahat nak kacau cek..budak Melayu :)

Saya bukan seperti orang agama Melayu, bukan mentaliti agamawan kolot dan mundur tetapi seorang Muslim yang progresif dan melihat ke masa hadapan. Saya mohon sesiapa yang saya sudah berikan ruang untuk berbicara untuk sedar bila masanya kita harus menghormati pendirian orang lain yang berbeza dengan kita dan tidak terus memaksa orang lain untuk tetap setuju dengan kita.

Pendirian saya, seperti firman Allah swt : "Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (Al-baqarah : 216)

Malaysia tidak akan selama-lamanya aman, janji Allah tentang kewujudan fitnah akhir zaman adalah semestinya perlu kita perhatikan. Kita harus bersiap sedia dan tidak selama-lamanya mendidik anak-anak muda khasnya para pelajar yang menjadi harapan ummah untuk terus lena dalam kemanjaan.

Duduk serumah ramai-ramai pun kecoh ? Mesin ATM tak boleh keluarkan duit pun kecoh ? Tiada makanan kerana takut hendak keluar, tiada arah tuju, tidak boleh menghubungi sesiapa pun kecoh ? Tidak dapat sambung pengajian pun kecoh ? Takut pun kecoh ?

Macam mana nak lahirkan pemuda yang mampu menjadi seperti Salahuddin Al-Ayubi ? atau pemudi dan srikandi seperti ibu Imam Syafie ? Lemah jiwa anak-anak muda kita dengan hiburan dan kemewahan serta kesenangan sehingga tamadun dan kemuliaan Islam dan generasi masa depan diwarisi oleh mereka yang cinta dunia dan takut mati.

Saya tidak berbicara tentang apakah boleh atau tidak pelajar Malaysia pulang...silakan jika diselamatkan oleh kerajaan maka bersyukurlah kerana anda MASIH ADA TEMPAT UNTUK PULANG DAN BERLARI MENYELAMATKAN DIRI TETAPI BAGAIMANA DENGAN RAKYAT MESIR YANG SELAMA INI DITINDAS ?? KE MANA MEREKA MAHU BERLARI ??? KE MANA RAKYAT PALESTIN MAHU PERGI MENGADU NASIB DAN BERLARI ???? KE MALAYSIA ???

Kita sepatutnya mengambil pelajaran dan menjadikan peristiwa revolusi ini sebagai pengajaran untuk lebih memperbaiki diri kita agar lebih kuat dan lebih tabah menghadapi ujian.

Saya pernah berada di tanah Arab dan mengalami peristiwa yang lebih mengancam dan membahayakan dari apa yang menimpa pelajar Malaysia di Mesir. Jadikanlah pengajaran betapa selama ini rakyat kita terlalu hidup mewah dan bergantung kepada sistem dan kebendaan.

Jika pelajar malaysia ada hubungan baik dengan rakan-rakan dari penduduk tempatan seperti pelajar arab yang lain nescaya masalah mereka akan berkurangan dan mereka akan mendapat bantuan dan kemudahan. Jika mereka boleh bercakap arab nescaya masalah komunikasi mereka akan berkurangan. Jika mereka pandai menyesuaikan diri di negara arab sudah pasti masalah-masalah teknikal dan remeh dapat dielakkan. Jika mereka hidup berjamaah dan dalam keadaan yang terkawal serta bersama saling jaga menjagai nescaya masalah mereka akan berkurangan.

Ini sebaliknya yang berlaku apabila rakyat Malaysia menjadikan tempat belajar itu seperti tempat bercuti, datang kelas, hadiri kuliah dan balik ke asrama. Hujung tahun balik ke Malaysia dan bercuti bersama keluarga. Bumi tempat mereka belajar itu tidak lebih sekadar tempat persinggahan sementara yang tidak pernah mereka ambil peduli pun apa yang berlaku.....lantaklah bukan hal kami kata mereka.

Apa yang penting pelajaran.....sijil...isteri/suami...balik Malaysia ada pekerjaan.

Minda apa ini ??? Pemikiran apa ini ??? Kebendaan ??? sebab itu bila berlaku sedikit gangguan kepada sistem kehidupan yang mereka imani dan bergantung selama ini.....aduh seksanya jiwa....tolong kami...ibu...tolong kami ayah....tolong kami itu dan ini.

Mana perginya rijal dan pemuda serta pemudi yang boleh berdikari dan mampu mengharungi masalah dengan penuh ketabahan membuktikan keperibadian seorang Muslim ???

Bukan perang pun di mesir cuma revolusi.

Jika pelajar Malaysia boleh bergaul dengan orang arab di sana dan pandai menguruskan diri nescaya mereka tidak akan terganggu pun. Bukanlah penjenayah dan penjahat yang mengerakkan revolusi tetapi rijal-rijal dakwah dan mereka yang terlibat dengan Ikhwan Muslimun dan ramai lagi institusi syabab yang berkefahaman agama dan bersedia membantu meringankan beban rakyat Malaysia.

Akhir kata rayuan dan kritikan saya (ini kritikan dan teguran terima jika mahu dan sila tolok jika tidak mahu menerimanya usah memanjangkan bicara) ialah supaya rakyat Malaysia di mana-mana pun usahlah memalukan nama agama Islam dan menjadi kayu dan duri di dalam revolusi atau perjuangan menegakkan keadilan.

Contohnya jadi duri, ialah mereka yang berkata Revolusi di Mesir ini menyusahkan kerana menyebabkan pelajar Malaysia terpaksa pulang, terpaksa kelaparan, terpaksa bersusah payah.....cubalah sedar kamu tu penumpang di negara Mesir dan rakyatnya telah menerima kamu di sana...sekarang mereka sedang berjuang untuk menegakkan keadilan dan memperjuangan hak mereka.....sekiranya kamu tidak menyokong mereka maka janganlah menyusahkan mereka....keluarlah segera ke negara kamu atau duduk diam-diam dan bersabar sambil berusaha memelihara diri kamu.

Wassalam.
sumber: facebook ustaz emran ahmad (seperti yang dicopy & paste dari satuummah.blogspot.com) dan saya telah mengopy nya dari blog ustaz faridul.

Saturday, February 19, 2011

Laluan Kerjaya Doktor

Doktor  orang yang bertugas menyembuhkan orang-orang yang sakit. Tidak semua orang yang menyembuhkan penyakit boleh/dapat disebut doktor. Untuk menjadi doktor biasanya diperlukan latihan khusus dan memegang perrsijilan/tauliah khusus, seperti di Malaysia, harus mendapat tauliah daripada Majlis Perubatan Malaysia di samping sijil kedoktoran daripada mana-mana universiti yang diiktiraf oleh kerajaan.
Info From Wikipedia
Photo Source : I-Medik

Wednesday, February 16, 2011

Tahniah Kepada Ahli GNCC di Honor Roll

KOLEJ MARA BANTING, 16 Feb - Bertempat di Dewan Utama, seramai 9 ahli GNCC menerima anugerah Honor Roll bagi peperiksaan pada semester lepas. Mereka ialah :
  • Azrin bin Fauzi
  • Mohd Amir Asyraf Bin Mohd Hamzah
  • Wan Abdul Aziz bin Wan Shoaidi
  • Ain Zaffira binti Zain
  • Nur Malihah Athirah binti Mohammad
  • Nur Najah binti Mahmood
  • Atikah binti Hassan @ Che Hassan
  • Ridhwah Anis binti Auzait
  • Siti Zulaikha Azwin binti Shukri
Sekalung ucapan tahniah diucapkan kepada yang menerima anugerah. Semoga ianya menjadi pemangkin kecemerlangan kepada diri, masyarakat, bangsa dan agama.


Tahniah!

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More