Thursday, March 10, 2011

Amal Islami

Alhamdulillah setelah beberapa minggu beberapa kelas telah berjaya menjalankan aktiviti amal islami. Amal islami merupakan sebuah program wajib KMB bagi semua pelajar muslim IB semester 2. Program anjuran Unit Pendidikan Islam ini memerlukan para pelajar untuk merancang dan merangka sebuah program perkhemahan yang bercirikan amalan-amalan islami dan akan disertai oleh mereka sendiri.

Antara aktiviti yang wajib  dijalankan ialah aktiviti sembelihan dan menguruskan meguruskan jenazah. Selain itu, terdapat juga aktiviti lain seperti solat berjemaah pada setiap waktu, tazkirah, tadarus, riadah dan qiamullai.

Jika diteliti dapat kita lihat benyaknya kelebihan penganjuran program Amal Islami ini. Program ini sedikit sebanyak berjaya memberi pendedahan awal kepada para pelajar mengenai selok belok meguruskan dan menganjurkan sesebuah program. Hal ini penting khususnya bagi mereka yang bakal melanjutakan program ke luar Negara.

Selain itu program ini merupakan satu wadah bagi mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dalam kalangan pelajar-pelajar di KMB. Sekiranya sebelum ini kebanyakkan kita hanyak sibuk dengan hal dan jadual masing-masing, melalui program inilah, kita berkesempatan untuk saling berkenalan dengan rakan seperjuangan yang turut berjuang dalam medan yang sama.

Selain itu, amalan amalan islami juga dapat dipraktikkan melalui program ini. Selama ini kebanyakkan kita hanya mengetahui teori, namun program amal islami memerlukan kepada praktikal yang mana dilihat lebih berkesan dan member impak kepada para pelajar. Contohn ya ibadat penyebelihan dan cara meguruskan jenazah.

Diharapkan program sebegini dapat member kesan yang berpanjangan kepada para pelajar dan seterusnya untuk terus istiqamah dengan amalan-amalan kebaikan.

aktiviti berkumpulan

amali solat jenazah

aktiviti untuk merapatkan ukhuwwah

membersihkan ayam yang telah disembelih

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More