Selamat Hari Raya Aidilfitri daripada GNCC

Semoga madrasah Ramadhan yang lalu diperhebatkan amali pada 11 bulan yang mendatang.Now back to fitrah

Selamat Menyambut Ramdhan Al-Mubarak

Tingkatkan amal maksimaskan pahala raih potensi mencari keberkatan. semoga ramadan kali ini lebih bermakna-Guidance.

Sesi Temuduga Guidance Baru

Kolej MARA Banting - Bertempat di surau An-Nur sesi temuduga telah dijalankan oleh abang-abang dan kakak-kakak guidance untuk mencari.

Jalinan Kaseh - SEBAK GNCC Reunion

KOLEJ MARA BANTING, June - Bertempat di belakang surau An-Nur menghimpunkan seluruh warga Guidance and SEBAK dalam majlis bernama Jalinan Kasih - GNCC SEBAK The Reunion.

Futsal Solahuddin Tiupkan Semangat Jihad

BANGI, 30 April - GNCCFC KMB dibawah Biro HRD menghantar dua pasukan futsal di Kejohanan Futsal Mencari Solahuddin Al Ayyubi anjuran Aman Palestin, bersempena Karnival Bersamamu Palestin baru-baru ini, iaitu GNCC Fateh dan GNCC Rantisi. Kedua-dua pasukan di tempatkan pada Kumpulan C dan D. Seramai lebih 15 pasukan menyertai kejohanan tersebut

Friday, April 29, 2011

Selamat Hari Guru


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Setiap kali menjelang 16 Mei, mengingatkan kita akan hari yang bersejarah dan bermakna iaitu sambutan Hari Guru. Tarikh 16 Mei dijadikan tarikh keramat bagi mengenangkan jasa dan sumbangan para guru terhadap usaha membangunkan kualiti modal insan menerusi wadah pendidikan.
Penamaan tarikh 16 Mei sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956, Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan ketika itu.

Sejarah telah memahatkan bahawa jatuh bangun sesuatu bangsa bergantung kepada kualiti pendidikan umat tersebut. Jika mundurnya pendidikan umat tersebut, maka mundurlah bangsa itu sebaliknya jika maju pendidikan umat tersebut, maka majulah bangsa tersebut. Justeru usaha membangunkan pengupayaan umat (nation capability) amat mendesak dan tugasnya terletak di tangan para guru sebagai pilar utama menjayakan agenda membangunkan ketuanan umat dan negara.

Dunia pendidikan kita berada antara dua persimpangan. Pendidikan sebagai wadah melahirkan generasi berkualiti atau wadah komersil mengaut keuntungan semata-mata. Pendidikan jika diabaikan inti dan makna perjuangan dan idealisme mengangkat harakat masyarakat madani akan meminggirkan nilai akhlak dan pembentukan sahsiah para pelajar. Akhirnya akan melahirkan generasi yang beracuankan pemikiran penjajah dan luntur nilai-nilai keislamannya.
Tidak hairanlah kita melihat pelbagai masalah dan gejala sosial yang menimpa anak-anak pelajar kita. Dari kisah ponteng sekolah hinggalah kes pembuangan bayi, pembunuhan dan salahlaku seks. Semuanya ini adalah gambaran ketempangan dan keluwesan sistem pendidikan kita. Para guru harus bertindak sebagai agen perubah dan penjana modal insan terbilang.
Usaha memulih dan memperkasakan pendidikan terletak di bahu warga guru dan pendidik. Para guru perlu memugar dan membugar idealisme perjuangan untuk membina semula sebuah masyarakat luhur di dalam sebuah negara yang pelbagai etnik dan bangsa ini. Pendidikan tidak terhad sebagai proses pengajaran dan pembelajaran di bilik-bilik darjah tetapi harus menjangkau kepada pembinaan personaliti para pelajar.
Rasulullah dan para sahabat r.a adalah model unik kejayaan satu sistem pendidikan rabbani. Pendidikan yang berteraskan kepada ilmu wahyu dan suluhan rabbani telah berjaya mencetak generasi yang dikenali sebagai Jil Qurani Farid (Generasi Al-Quran Yang Unik). Sewajarnya para pendidik mencontohi dan menimba kejayaan sistem tersebut.
Cabaran dunia pendidikan amat getir dan bukan kepalang. Para guru perlu meningkatkan keupayaan kemahiran softskill dan hardskill sebagai seorang pendidik agar mampu mendepani cabaran tersebut. Tanpa persediaan dan persiapan yang secukupnya, mereka akan gagal dan kecundang dalam memartabatkan pendidikan ini. Imbuhan dan insentif dari pihak kerajaan dalam memajukan bidang pendidikan amatlah dialu-alukan.
Bersempena Hari Guru di Kolej MARA Banting ini, marilah kita bersama-sama menghargai jasa dan pengorbanan para guru. Semoga keringat dan sumbangan bakti mereka menjadi amal pada hari kemudian. Guru bak kata orang adalah lilin yang membakar dirinya untuk menerangi orang lain.

Puisi Usman Awang

Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi.
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Selamat Hari Guru kepada seluruh warga pendidik di Kolej MARA Banting. Doakan kejayaan anak didikmu gemilang di dunia dan peroleh kemenangan di akhirat kelak. Kami doakan cikgu-cikgu peroleh rahmat, keberkatan dan rezeki yang melimpah ruah. 
Guru Pembina Negara dan Bangsa - dari kami GNCC =)

Salam Hari Guru kepada pensyarah Penasihat kami, Ustzah Mardhiah

Tuesday, April 19, 2011

Seminar Psikoseksual Remaja Lelaki & Wanita

KOLEJ MARA BANTING, 15 April 2011 - Guidance and Counseling Club (GNCC) Kolej MARA Banting telah menganjurkan Ceramah Psikoseksual Remaja Lelaki dan Perempuan dari Perspektif Biologi dan Islam. Ceramah ini telah disampaikan oleh Dr. Muhammad Yusof Abbas dan Dr.Nor'Izam Alias. Ceramah ini menyentuh tentang permasalahan remaja pada zaman moden ini dari segi ikhtilat dan asbab masalah ini dari segi saintifik. Selain itu, ceramah ini juga memberi pendedahan kepada peserta-peserta tentang tips-tips untuk menjauhi permasalahan tersebut.




Sesungguhnya ceramah ini menambah kefahaman para peserta dalam kepentingan menjaga perhubungan antara lelaki dan wanita. Ceramah ini membuka mata peserta-peserta tentang hakikat kehidupan remaja-remaja di luar sana yang amat bertentangan dengan persekitaran dan nilai-nilai yang dialami oleh pelajar-pelajar KMB ini. Oleh itu, pelajar KMB harus bersyukur kerana dikurniakan nikmat oleh Allah swt untuk hidup dalam biah Islamiah. Seterusnya, warga KMB harus berusaha sehabis daya untuk mengekalkan suasana ini sebagai tanda kesyukuran kita kepada Allah.
Sebagai warga KMB yang terbentuk dalam suasana Islam yang sejahtera, kita harus mengambil peluang ini untuk menguatkan jati diri muslim kita agar kita dapat menangkis mana-mana unsur negatifselepas kita keluar dari kepompong ini.

Masalah umat di luar sana yang disampaikan oleh Dr. Muhammad Yusof harus dijadikan iktibar oleh kita. Segala ilmu yang disampaikan dalam ceramah ini harus menjadi peringatan kepada para peserta sepanjang masa. Semoga kita terus menjadi individu muslim yang dikekalkan Allah dalam rahmat ini selama-lamanya dan seterusnya membimbing masyarakat kita ke arah jalan yang dirahmati Allah. Sesungguhnya kita adalah bakal pemimpin yang akan membentuk masyarakat kita pada masa hadapan. InsyaAllah.
 





Saturday, April 2, 2011

Stres jika dibanding-bandingkan?


1. Ego, maruah diri dan merasai ' kehebatan 'diri adalah sesuatu yang fitrah.

2. Bukan lelaki sahaja terserlah keegoannya, juga pada wanita terutama wanita yang punya banyak kelebihan. Manakala maksud mempunyai 'kehebatan' diri ialah manusia biasanya merasakan "apa yang ada itu adalah dirinya", tanpa perlu dibandingkan dengan kelebihan yang ada pada orang lain.

3. Di kalangan ibu bapa, adik beradik, dan di kalangan pemimpin yang cenderung 'mengkritik' atau memberi komen terhadap anak-anak , atau orang bawahan secara MEMBANDINGKAN PENCAPAIAN orang lain YANG LEBIH BAIK, dengan niat supaya belajar dari mereka.
4. Ramai orang merasakan maruahnya tercabar dan sukar menerima perbandingan itu. " Itu dia, rezeki dia, dia alim, dia pandai....", begitulah antara jawapan mereka dengan nada marah. Anak-anak akan menyungut bilamana ibubapa membandingkan mereka dengan orang lain dan lebih terhiris jika dibandingkan dengan rakan baiknya yang mungkin lebih baik akhlak atau lebih bijak.

5. Segelintir orang yang boleh menerima perbandingan itu, tetapi sekadar 'tersengeh geram' atau sekadar mendengar sahaja tanpa memberi rangsangan untuk mencontohi pihak yang dibandingkan itu.

6. Bagi sesetengah orang BERANGGAPAN kaedah MEMBANDINGKAN INI akan memotivasikan seseorang untuk berubah, namun kaedah ini biasanya akan menjadi sebaliknya. Bukan sahaja dikalangan individu, begitu juga sesebuah organisasi tidak suka jika dibandingkan dengan organisasi lain yang lebih baik pencapaiannya.

7. Maka apakah kaedah perbandingan yang lebih sesuai? Perbandingan yang sesuai ialah PERBANDINGAN KAEDAH ATAU CARA seseorang atau sesebuah organisasi yang sudah berjaya itu, BUKAN membandingkan pencapaian!!
8. Maka mungkin itulah sebabnya MASALAH ORANG MELAYU ini tidak pernah selesai, bilamana biasa dibandingkan PENCAPAIAN dengan bangsa lain yang lebih berjaya, dan tidak dibandingkan atau ditekankan cara dan kaedah bangsa yang berjaya itu.
9. Jika soal membanding-bandingkan pencapaian ini tidak ditangani secara betul, anak-anak akan ada masalah komunikasi dengan ibubapa, dan akan wujud jurang antara majikan dan pekerja.

10. Manusia akan bermotivasi sekiranya ditegur secara tidak langsung, namun manusia hebat akan sengaja meminta teguran ikhlas dari orang lain

Link:
Bio Ibadah 

Friday, April 1, 2011

Sales Race


KOLEJ MARA BANTING, 22 March - GNCC took part in the Sales Race organized by Social Science Department lead by Kitaro Irwan, as the project manager.Thanks to our advisor Pn.Mardhiah and all member for the cooperation and meaningful relationship.


Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More