Selamat Hari Raya Aidilfitri daripada GNCC

Semoga madrasah Ramadhan yang lalu diperhebatkan amali pada 11 bulan yang mendatang.Now back to fitrah

Selamat Menyambut Ramdhan Al-Mubarak

Tingkatkan amal maksimaskan pahala raih potensi mencari keberkatan. semoga ramadan kali ini lebih bermakna-Guidance.

Sesi Temuduga Guidance Baru

Kolej MARA Banting - Bertempat di surau An-Nur sesi temuduga telah dijalankan oleh abang-abang dan kakak-kakak guidance untuk mencari.

Jalinan Kaseh - SEBAK GNCC Reunion

KOLEJ MARA BANTING, June - Bertempat di belakang surau An-Nur menghimpunkan seluruh warga Guidance and SEBAK dalam majlis bernama Jalinan Kasih - GNCC SEBAK The Reunion.

Futsal Solahuddin Tiupkan Semangat Jihad

BANGI, 30 April - GNCCFC KMB dibawah Biro HRD menghantar dua pasukan futsal di Kejohanan Futsal Mencari Solahuddin Al Ayyubi anjuran Aman Palestin, bersempena Karnival Bersamamu Palestin baru-baru ini, iaitu GNCC Fateh dan GNCC Rantisi. Kedua-dua pasukan di tempatkan pada Kumpulan C dan D. Seramai lebih 15 pasukan menyertai kejohanan tersebut

Thursday, March 10, 2011

Amal Islami

Alhamdulillah setelah beberapa minggu beberapa kelas telah berjaya menjalankan aktiviti amal islami. Amal islami merupakan sebuah program wajib KMB bagi semua pelajar muslim IB semester 2. Program anjuran Unit Pendidikan Islam ini memerlukan para pelajar untuk merancang dan merangka sebuah program perkhemahan yang bercirikan amalan-amalan islami dan akan disertai oleh mereka sendiri.

Antara aktiviti yang wajib  dijalankan ialah aktiviti sembelihan dan menguruskan meguruskan jenazah. Selain itu, terdapat juga aktiviti lain seperti solat berjemaah pada setiap waktu, tazkirah, tadarus, riadah dan qiamullai.

Jika diteliti dapat kita lihat benyaknya kelebihan penganjuran program Amal Islami ini. Program ini sedikit sebanyak berjaya memberi pendedahan awal kepada para pelajar mengenai selok belok meguruskan dan menganjurkan sesebuah program. Hal ini penting khususnya bagi mereka yang bakal melanjutakan program ke luar Negara.

Selain itu program ini merupakan satu wadah bagi mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dalam kalangan pelajar-pelajar di KMB. Sekiranya sebelum ini kebanyakkan kita hanyak sibuk dengan hal dan jadual masing-masing, melalui program inilah, kita berkesempatan untuk saling berkenalan dengan rakan seperjuangan yang turut berjuang dalam medan yang sama.

Selain itu, amalan amalan islami juga dapat dipraktikkan melalui program ini. Selama ini kebanyakkan kita hanya mengetahui teori, namun program amal islami memerlukan kepada praktikal yang mana dilihat lebih berkesan dan member impak kepada para pelajar. Contohn ya ibadat penyebelihan dan cara meguruskan jenazah.

Diharapkan program sebegini dapat member kesan yang berpanjangan kepada para pelajar dan seterusnya untuk terus istiqamah dengan amalan-amalan kebaikan.

aktiviti berkumpulan

amali solat jenazah

aktiviti untuk merapatkan ukhuwwah

membersihkan ayam yang telah disembelih

Sunday, March 6, 2011

Formula hidup bahagia


Firman Allah swt dalam surah al-Ra’d ayat 28: “Orang-orang yang beriman dan hati mereka tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang”.
Dalam ayat ini, Allah swt menegaskan hati itu menjadi tenang dan tenteram apabila bersandar kepada Allah swt, mengingati Allah swt dan redha menjadikan Allah swt sebagai pelindung dan penolong. Iman merupakan faktor utama yang memberikan kebahagiaan dan ketenangan kepada jiwa manusia (al-Mukminun 23: 1).
Tanpa keimanan seseorang itu tidak mungkin mencapai dan bertemu dengan kebahagiaan yang sebenar dan hakiki (Yunus 10: 17). Ketenteraman, kedamaian, kepuasan dan ketenangan jiwa hanya dirasai oleh orang-orang yang beriman, yang menyerahkan seluruh kehidupan, jiwa dan raganya kepada Allah swt.
Mereka inilah yang layak mendapat sakinah dalam kehidupan mereka sebagaimana yang dijanjikan Allah swt kepada  RasulNya dan orang-orang yang beriman (al-Fath 48: 26). Jaminan kebahagiaan dan ketenteraman hidup terhadap orang-orang yang beriman berterusan selagi mana mereka tidak menodai iman mereka dengan kezaliman, khianat dan maksiat (al-An’am 6: 82).
Kenikmatan ruhi dikecapi oleh orang yang beriman melalui sifat tenang dan kegembiraan hatinya daripada segala sifat keluh-kesah dan penderitaan. Ini bukan bermakna, orang beriman tidak diuji oleh Allah swt dengan kesusahan, kepayahan, masalah rumah tangga, kehilangan harta benda dan nyawa, kemewahan dan keselesaan hidup dan sebagainya.
Namun orang-orang yang beriman melihat masalah dan problematika kehidupan itu bersifat sementara dan menyedari bahawa ia adalah ujian Allah swt ke atas mereka agar mereka lebih beriman dan berserah diri kepadaNya.
Sebab itulah Rasulullah saw begitu mengkagumi sifat-sifat orang-orang yang beriman apabila mereka ditimpa kesusahan mereka bersabar, tetapi apabila mereka diberi nikmat mereka bersyukur. Sifat sabar dan syukur ini hanya ada pada orang yang beriman.
Ketenangan jiwa adalah formula hidup bahagia. Iman adalah mutiara kebahagiaan yang dirasakan sebagai nikmat yang paling agung dalam kehidupan seorang muslim. Kebahagiaan seorang muslim ialah apabila dia berjaya menjadikan iman dan takwanya berada dalam kedua-dua alam iaitu alam dunia dan alam akhirat (Yunus 10: 62-64).
Jiwa yang beriman akan membina keluarga yang beriman seterusnya masyarakat yang beriman. Kesejahteraan negara hanya mungkin dapat dilaksanakan sekiranya kita berjaya membina masyarakat yang sejahtera dengan prinsip-prinsip keimanan yang jelas dan padu (al-A’raf 7: 96).

Thursday, March 3, 2011

GNCC di ESA Career Day

KOLEJ MARA BANTING, 27 Feb - Engineering Student Association, ESA, Kolej MARA Banting menganjurkan Career Day, "Unfogging The Future" bertempat di Dewan Utama KMB.Seramai lebih kurang 300 pelajar daripada 10 buah sekolah terdiri daripada SBP, MRSM dan sekolah-sekolah sekitar Banting menjadi peserta bagi program berkenaan. Program yang dijalankan seperti ceramah kerjaya daripada Persatuan Engineer Malaysia, Konsultan Hospital dan lain-lain lagi.

Dalam program ini ahli GNCC turut terlibat untuk gerai-gerai jualan bagi memeriahkan suasana pada hari tersebut. Terima kasih kepada ketua projek gerai, Sdr Kitaro Irwan serta ahli GNCC yang lain.








Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More