Selamat Hari Raya Aidilfitri daripada GNCC

Semoga madrasah Ramadhan yang lalu diperhebatkan amali pada 11 bulan yang mendatang.Now back to fitrah

Selamat Menyambut Ramdhan Al-Mubarak

Tingkatkan amal maksimaskan pahala raih potensi mencari keberkatan. semoga ramadan kali ini lebih bermakna-Guidance.

Sesi Temuduga Guidance Baru

Kolej MARA Banting - Bertempat di surau An-Nur sesi temuduga telah dijalankan oleh abang-abang dan kakak-kakak guidance untuk mencari.

Jalinan Kaseh - SEBAK GNCC Reunion

KOLEJ MARA BANTING, June - Bertempat di belakang surau An-Nur menghimpunkan seluruh warga Guidance and SEBAK dalam majlis bernama Jalinan Kasih - GNCC SEBAK The Reunion.

Futsal Solahuddin Tiupkan Semangat Jihad

BANGI, 30 April - GNCCFC KMB dibawah Biro HRD menghantar dua pasukan futsal di Kejohanan Futsal Mencari Solahuddin Al Ayyubi anjuran Aman Palestin, bersempena Karnival Bersamamu Palestin baru-baru ini, iaitu GNCC Fateh dan GNCC Rantisi. Kedua-dua pasukan di tempatkan pada Kumpulan C dan D. Seramai lebih 15 pasukan menyertai kejohanan tersebut

Friday, August 19, 2011

An-Nida Ramdhan Edition




Assalamualaikum dan salam Ramadhan Al-Mubarak dari kami warga Guidance and Counselling Club (GNCC). Sempena Ramadhan ini, kami mengambil kesempatan dan inisiatif untuk menerbitkan sebuah warta khas bagi menghidupkan dan memeriahkan lagi bulan yang mulia ini. Sesungguhnya, Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai 1001 jenis kelebihan dan rahmat.
Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, kami berharap warta kami ini berjaya menjadi satu wahana bagi meningkatkan lagi penghayatan dan pemahaman saudara dan saudari.
Di samping itu, kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk menghulurkan sekalung penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih atas pelantar dan sokongan kalian yang diberikan kepada kami, warga GNCC untuk terus bertapak dan berkembang di Kolej Mara Banting ini.
Tanpa terus membazir masa, nikmati dan dalamilah segala pengisian dan perkara yang kami sajikan menerusi watikah khas Ramadhan ini.
“Salam Ramadhan dan Selamat Beramal”
Dari Kami,
Unit Editorial,
Majalah An-Nida’ GNCC,
Edisi Ramadhan 1432H/2011.

Saturday, August 13, 2011

Di Hening Ramadhan


Di hening Ramadhan ini,
Ku masih menyaksikan,
Putera-puteri Rasulullah,
Masih Tegar mempersembahkan mahkota aurat mereka,
Bagga tak terkata.

Di hening ramadhan ini,
Ku masih menyaksikan,
Kulit yang beraneka warna dan bentuk,
membaluti ketat tubuh muslimah,
bisa menggetarkan iman,
menggegar jiwa kaum Adam.

Di hening ramadhan ini,
Pasangan romantik terus bermanja mesra,
mencemarkan hanyirkan kesucian bulan suci,
terus hanyut dengan ikatan,
yang disimpul SYAITAN LAKNATULLAH.

Di hening ramadhan ini,
'Zikir' lama terus basah dibibir,
Zikir Munajat kepada Yang Esa tidak diungkap,
Carutan terus bergema di serata alam,
Terus, mencetak dosa di bualan barakah.

Di hening Ramadhan ini,
Ku masih mencari sinarnya,
Yang dikaburi umat sendiri,
Yang tidak fikir akan mati,
Tapi,ku pasti sinar itu menerangi di suatu masa,

Umatku, kita masih belum terlambat

by : ibnu ismail
nama: syukri ismail E10B
facebook : Syukri Ismail

Sesi Temuduga Guidance Baru


Kolej MARA Banting - Bertempat di surau An-Nur sesi temuduga telah dijalankan oleh abang-abang dan kakak-kakak guidance untuk mencari bakat serta potensi baru dalam kelab ini. Seramai hampir 150 pelajar tahun satu yang mendaftar sebagai calon temuduga guidance ini. Dasar baru pada tahun ini menyaksikan penubuhan Sahabat Guidance boleh disertai oleh calon-calon guidance.

Love Just The Way You Are, Muslimah



Damn, I miss it...
The time when you looked so beautiful,
When, the cover you wear was long enough,
When, your words were carefully spoken,
When, your dress was so modest,
While in the real arena you were such a ferocious lioness, a real mujahidah,
I love that time, I love you just the way you are.

Tuesday, August 2, 2011

Kembara Ilahi v1.0

DENGKIL, June - Biro HRD kali ini mengadakan sebuah rehlah ke Paya Indah Wetland untuk Guidance Muslimin. Objektifnya jelas untuk menghayati keindahan alam buana disamping dapat tadabbur surah Al-Mulk. Guidance muslimin diberi peluang untuk menerangkan serba sedikit perihal surah al Mulk yang menceritakan kekuasaan Allah Azza Wa Jalla ini. Kami juga berpeluang untuk bersemuka dengan buaya dan badak air malaya. Acara yang menarik pada kali ini adalah berbasikal di sekitar tempat Paya Indah. Kenangan yang terindah dan memukau kalbu tak dapat kami lupakan hingga akhir hayat. Moga ukhuwwah mekar.

Jazakallah kepada photoshooter kami Saudara Fahmi Faisal








For more picture :Fahmi faisal

Jalinan Kaseh - SEBAK GNCC Reunion

KOLEJ MARA BANTING, June - Bertempat di belakang surau An-Nur menghimpunkan seluruh warga Guidance and SEBAK dalam majlis bernama Jalinan Kasih - GNCC SEBAK The Reunion. Objektifnya untuk menguatkan ukhuwwah antara ahli Guidance and SEBAK juga untuk mengumumkan jumlah kutipan dan refleksi program SEBAK di Acheh baru-baru ini.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More