Tuesday, April 19, 2011

Seminar Psikoseksual Remaja Lelaki & Wanita

KOLEJ MARA BANTING, 15 April 2011 - Guidance and Counseling Club (GNCC) Kolej MARA Banting telah menganjurkan Ceramah Psikoseksual Remaja Lelaki dan Perempuan dari Perspektif Biologi dan Islam. Ceramah ini telah disampaikan oleh Dr. Muhammad Yusof Abbas dan Dr.Nor'Izam Alias. Ceramah ini menyentuh tentang permasalahan remaja pada zaman moden ini dari segi ikhtilat dan asbab masalah ini dari segi saintifik. Selain itu, ceramah ini juga memberi pendedahan kepada peserta-peserta tentang tips-tips untuk menjauhi permasalahan tersebut.




Sesungguhnya ceramah ini menambah kefahaman para peserta dalam kepentingan menjaga perhubungan antara lelaki dan wanita. Ceramah ini membuka mata peserta-peserta tentang hakikat kehidupan remaja-remaja di luar sana yang amat bertentangan dengan persekitaran dan nilai-nilai yang dialami oleh pelajar-pelajar KMB ini. Oleh itu, pelajar KMB harus bersyukur kerana dikurniakan nikmat oleh Allah swt untuk hidup dalam biah Islamiah. Seterusnya, warga KMB harus berusaha sehabis daya untuk mengekalkan suasana ini sebagai tanda kesyukuran kita kepada Allah.
Sebagai warga KMB yang terbentuk dalam suasana Islam yang sejahtera, kita harus mengambil peluang ini untuk menguatkan jati diri muslim kita agar kita dapat menangkis mana-mana unsur negatifselepas kita keluar dari kepompong ini.

Masalah umat di luar sana yang disampaikan oleh Dr. Muhammad Yusof harus dijadikan iktibar oleh kita. Segala ilmu yang disampaikan dalam ceramah ini harus menjadi peringatan kepada para peserta sepanjang masa. Semoga kita terus menjadi individu muslim yang dikekalkan Allah dalam rahmat ini selama-lamanya dan seterusnya membimbing masyarakat kita ke arah jalan yang dirahmati Allah. Sesungguhnya kita adalah bakal pemimpin yang akan membentuk masyarakat kita pada masa hadapan. InsyaAllah.
 





0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More