Friday, August 19, 2011

An-Nida Ramdhan Edition




Assalamualaikum dan salam Ramadhan Al-Mubarak dari kami warga Guidance and Counselling Club (GNCC). Sempena Ramadhan ini, kami mengambil kesempatan dan inisiatif untuk menerbitkan sebuah warta khas bagi menghidupkan dan memeriahkan lagi bulan yang mulia ini. Sesungguhnya, Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai 1001 jenis kelebihan dan rahmat.
Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, kami berharap warta kami ini berjaya menjadi satu wahana bagi meningkatkan lagi penghayatan dan pemahaman saudara dan saudari.
Di samping itu, kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk menghulurkan sekalung penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih atas pelantar dan sokongan kalian yang diberikan kepada kami, warga GNCC untuk terus bertapak dan berkembang di Kolej Mara Banting ini.
Tanpa terus membazir masa, nikmati dan dalamilah segala pengisian dan perkara yang kami sajikan menerusi watikah khas Ramadhan ini.
“Salam Ramadhan dan Selamat Beramal”
Dari Kami,
Unit Editorial,
Majalah An-Nida’ GNCC,
Edisi Ramadhan 1432H/2011.

1 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More