Saturday, May 14, 2011

Futsal Solahuddin Al-Ayyubi Tiupkan Semangat Jihad

BANGI, 30 April - GNCCFC KMB dibawah Biro HRD menghantar dua pasukan futsal di Kejohanan Futsal Mencari Solahuddin Al Ayyubi anjuran Aman Palestin, bersempena Karnival Bersamamu Palestin baru-baru ini, iaitu GNCC Fateh dan GNCC Rantisi. Kedua-dua pasukan di tempatkan pada Kumpulan C dan D. Seramai lebih 15 pasukan menyertai kejohanan tersebut.

“Nama-nama pasukan yang menyertai pertandingan ini menunjukkan masyarakat tidak lupa dengan perjuangan Palestin” ulas saudara Muadz, salah seorang pemain untuk pasukan ISMA DHL semasa membaca senarai pasukan yang menyertai pertandingan tersebut, antaranya ialah Filistin, Ismael Haneyya, Sheikh Izzuddin al-Qassam, Marvi Marmara, GNCC Rantisi dan pelbagai lagi.
 
GNCCFC dibawah kelolaan Saudara Zaid Nasir berjaya merangkul tempat kedua secara keseluruhannya. Tahniah diucapkan. Saudara Nazrin Umar dinobatkan sebagai penjaring terbanyak kejohanan. Moga-moga dengan keterlibatan dalam kejohanan futsal ini dapat melahirkan shabab (pemuda) yang sihat tubuh badan dan menjadi tunjang kepada agama dan bangsa. Moga ukhuwwah berkekalan.











0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More