Tuesday, May 17, 2011

Ucapan Sempena SEBAK'11


Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt.
“Dan hendaklah kamu tolong-menolong untuk membuat kebajikan dan bertaqwa dan janganlah kamu tolong-menolong pada melakukan dosa dan maksiat dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat Azab Seksanya”
(Al-Maidah: 2)

Segala puji bagi Allah swt, selawat dan salam terhadap junjungan besar Nabi Muhammad dan umat Islam diseluruh dunia. Alhamdulillah, GNCC sekali lagi melangkah maju kehadapan dengan menganjurkan program SEBAK’11 atau Semai Bakti Nusantara di Aceh. Program  adalah merupakan projek kemanusian GNCC dibawah Unit Kemanusiaan dan Antarabangsa yang pertama kali seterusnya menjadi sebahagian projek tahunan kami.

Rasional disebalik cetusan idea ini kerana Islam itu sendiri amat menggalakkan kita supaya hidup saling tolong menolong kearah kebaikan demi maslahah bersama. Kepekaan untuk membantu saudara seantero nusantara menerusi slogan “Peduli Ummah” menjadi daya penarik untuk GNCC mara memberi khidmat bakti kepada mereka yang lebih memerlukan.

Dalam senario lain pula, sesuai dengan IB Leaner Profile, kita akan didedahkan dengan realiti isu-isu di peringkat global secara ilmiah dan berfakta daripada pelbagai perspektif.  Hal ini kerana sebarang tindakan atau resolusi adalah bermula daripada kesedaran dan kefahaman secara fundamental dan menyeluruh serta daripada sumber yang asli. Pepatah pujangga mengatakan berat mata memandang berat lagi bahu memikul.

Akhir kalam, semoga dengan penganjuran program SEBAK’11, memberi lebih pengalaman yang berharga kepada GNCCian dan lebih mematangkan fikiran kami untuk menelusuri kehidupan mendatang. Ucapan jutaan terima kasih dan jazakallahu kahiran kathira kepada pihak kolej kerana menyokong usaha murni ini, guru-guru yang memberi dokongan, sahabat handai dan seluruh pihak yang terlibat secara langsung ataupun tidak. Moga Allah merahmati kita bersama.Ukhwah fillah Abadan abada.

“Building Future Generation, Guidance and Counseling Club”













Abdul Alim bin Nazri
Pengarah Projek SEBAK'11

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More