Saturday, February 26, 2011

GNCC Annual General Meeting

 
KOLEJ MARA BANTING, 18 Feb - Buat julung-julung kalinya, GNCC mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan kali pertama bertempat di surau An-Nur, Kolej Mara Banting. Ianya merupakan pembaharuan yang dibuat untuk mengemaskini dan meningkatkan keberkesanan pentadbiran kelab. Hadirin yang hadir seramai 40 orang diserikan dengan kehadiran pensyarah penasihat, Pn. Mardhiah bt Kathani. Wakil daripada Badan Kerohanian dan Tarbiyah, Tarbiyatul Muslimah, Majlis Perwakilan Pelajar, HOPE dan ISAC juga dijemput sebagai pemerhati.

Dipengerusikan oleh Sdr.Izzudin Md.Nor, agenda pada malam itu dimulakan dengan bacaan doa oleh Sdr. Ammar Adnan dan disusuli dengan bacaan  Al-Quran oleh Sdr.Asyraf. Seterusnya, pembentangan laporan tahunan 2010 oleh Sdr.Khairul Mansor. Beliau membentangkan segala aktiviti dan pencapaian yang telah dilakukan pada tahun lepas. Sdr.Yasin Ting sebagai Bendahari, membentangkan laporan kewangan 2010. Dalam ucapannya, beliau berharap agar tahun berikutnya segala perbelanjaan direkodkan dan dipantau secara berkesan.

Kemudian, ucapan dasar disampaikan oleh presiden, Sdr.Alim Nazri yang bertajuk, Di Sini Kita Bermula. Dalam ucapannya, beliau menyarankan agar ukhuwwah terus dimantapkan dan penekanan terhadap pembangunan individu difokuskan agar dapat menymbang kepada agama dan bangsa. Beliau juga menyentuh beberapa aspek dalam kepimpinan agar terus mengembleng tenaga berusaha sedaya upaya untuk mencapai objektif yang dikehendaki. Mesyuarat Agung ini dirasmikan oleh pensyarah penasihat disusuli dengan perasmian website rasmi GNCC. Dalam ucapannya juga, beliau amat berbangga usaha yang dilakukan oleh ahli-ahli GNCC dan berharap agar setiap ahli terus memberikan komitmen yang tinggi dalam usaha membawa kebaikan untuk kolej.

Majlis diharmonikan lagi dengan paduan suara oleh kumpulan nasyid Munawwar diketuai oleh Sdr.Ali Ilhami dan diakhiri dengan jamuan makan.











0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More