Wednesday, February 16, 2011

Malam Maulidur Rasul


KOLEJ MARA BANTING, 15 Feb - GNCC dengan kerjasama Badan Kerohanian dan Tarbiyah, Tarbiyatul Muslimah, ISAC, HOPE dan PKEB menganjurkan Malam Maulidur Rasul dengan tema " Rasulullah Rahmat Sekalian Alam" dengan jayanya. GNCC menjalankan beberapa aktiviti seperti Twitter Contest, Mengarang Sajak dan Quizzes. Tahniah diucapkan kepada pasukan Biro Khoriji yang diketuai oleh Sdr.Faris Iskandar dan ahli-ahli yg lain.


Pada malam tersebut, beberapa persembahan telah diadakan seperti Pantomin, Nasyid Munawwar dan Marhaban sebagai suatu wacana bagi mengingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Majlis diakhiri dengan tayangan video.






0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More