Saturday, February 12, 2011

Malam Kalungan Budi

KOLEJ MARA BANTING, 18 Januari - GNCC menganjurkan malam perpisahan 2nd year students yang merupakan bekas ahli GNCC sendiri. Majlis ini diberi nama Malam Kalungan Budi - hasil cetusan idea saudari Nur Adibah Ahmad Shukri - sesuai dengan tema dan atmosfera pada malam tersebut. Bertempat di Surau An-Nur, seramai 60 ahli yang hadir memberi sumbangan tenaga dan masa untuk menjayakan majlis pada malam tersebut. Majlis diserikan lagi dengan kehadiran pensyarah penasihat GNCC, Pn.Mardhiah Kathani.

Ketua Pelaksanaan Majlis oleh Saudara Kitaro Irwan Mohd Azuan dan dibantu oleh AJK pelaksana.Majlis dipengerusikan oleh Saudara Wan Muhamad Fahmi Mohamad Faisal dimulai dengan bacaan Al-Fatihah. Ucaptama oleh Pensyarah Penasihat Kelab, Pn.Mardhiah Kathani menyentuh isu keserasian ahli dan keberkesanan sistem komunikasi. Seterusnya, dalam ucapan Mantan Presiden GNCC, Saudara Ahmad Huzaifah Zulkifli, beliau menyentuh perihal kepimpinan yang adil dan projek pembangunan ummah yang sejahtera. Beliau berkata, perlunya ada kesinambungan kepimpinan bagi melancarkan proses dakwah. Dalam ucapan akhir, beliau mengumumkan pelantikan Presiden GNCC yang baru, Saudara Abdul Alim Nazri seterusnya memberi ucapan pembukaan.

Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati kepada ahli GNCC 2nd year dan penasihat GNCC. Sejurus selepas itu, tayangan video perjalanan sepanjang tahun 2009-2010. Jamuan makanan disediakan oleh En.Suzaili.

Tahniah kepada pelajar 2nd year atas ukhuwwah yang terbina dan tunjuk ajar yang berkesan. Semoga memperoleh kejayaan di dunia dan akhirat.
Alhamdullillah.

Once a GNCCian always a GNCCian!



1 comments:

terbaaaaaaiiiiiiikkk!!!!!!!!!!!

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More